Yoodo Telco Terbaik Menjelang 2019 - Raga Dunia

Thursday, 29 November 2018

Yoodo Telco Terbaik Menjelang 2019



JOM JOM JOM aktif Yoodo.

Semangat pula F ni kan. F cuma nak kongsi pada korang semua. Jangan ketinggalan satu telco yang sangat2 memuaskan ni.

Yoodo ni PostPaid ke? PrePaid ke? mesti tertanya2 kan. Sebenarnya dua2 bukan tapi mungkin separuh2. Macamana tu? Dia tiada bil dan dia tiada topup. Kita bayar untuk guna sahaja. Masih keliru kan?

Yang terbaiknya Yoodo ni. Kita bayar apa yang kita nak guna sahaja. Contoh kalau nak guna data kita ambil plan data. Kalau nak guna call ambil plan call, kalau sms ambil yang sms. Nak guna semua?ambil plan untuk semua sekali. Plan ni kita boleh pilih2. Tak perlu runsing2. Lihat gambar bawah ni contoh plan dia.

telco terbaik free 20gb


Nampak tak anak panah F tunjuk tu. Gerakkan dot tu dan korang akan nampak berapa jumlah data/call/sms dan berapa harga setiap satu tu. Senangkan? pilih je.. Rasa taknak call atau sms tak payah ambil. Jadi jimat di situ. Atau nak data dan call, gerakkan dot tu pada jumlah mana yang korang nak.

BERGAYUT 1 JAM SEHARI HANYA RM12 SEBULAN???
Ya betul tu. Plan call paling jimat. Korang dapatkan 2000 minit call atau bersamaan lebih kurang 33 jam 33 minit tu ibarat call sejam sehari tu, ada lebih lagi 3 jam setengah tu. Berapa kena bayar? Ya hanya RM12 saja sebulan. Kalau nak kira2 seminit tu bersamaan RM 0.006 saja, tengok tu seminit tak sampai 1 sen?? wow.. jimat sungguh kan.



20GB HANYA RM1????
Wah, Gempak tak? Macamana nak dapatkan 20GB RM1 nih. 20GB ni untuk 4 media sosial yang Yoodo offer, Youtube, Facebook, Instagram dan Whatsapp. RM1 untuk setiap satu. Anda boleh dapat promosi ini sekiranya anda melanggan plan data, tak kisah la 2GB ke atau 100GB. Anda boleh tambah add on ini semasa memilih plan. Best tak?

Ini contoh


Wow!! hanya RM16 dapat 82GB?

Kalau bukan promosi berapa harga dia? ini harga asal dia...

SO, apa lagi? jom beli sim cepat2.

PROMOSI INI SAMPAI 31 JANUARI 2019 NI SAJE TAU..



YOODO NI TAKDA KONTRAK, BOLEH KELUAR BILA2 NAK
(Cuma yang F tau dia ada tempoh bertenang sebulan, F rasa mana2 telco pun macam tu)

DAN YANG PALING PENTING YOODO GUNA COVERAGE CELCOM
Jadi memang sangat2 meluas line celcom ni kan. Line 4g dia banyak tempat dah ada..

Mesti korang dah excited sangat nak guna sim Yoodo kan..

TUNGGGUU.. sebelum tu F nak kasi tau sikit..

Sebelum korang order sim Yoodo pastikan korang ada

1. Phone yang ada kamera dan boleh install apps yoodo. Kamera tu untuk snap gambar masa daftar dan apps pula untuk buat semua urusan sim yoodo. Tapi yang ni F rasa majoriti orang ada kan. So, tak perlu risau lagi.

2. Perlu ada salah satu dari 2 jenis pembayaran ni.

- Akaun PayPal atau
- Kad Debit / Kad Kredit

Ala.. mesti dah lemah dengarkan. Kenapa pula kena guna cara bayaran ni? F boleh katakan ini salah satu kelemahan Yoodo. Tapi sebenarnya memudahkan anda juga. Tak perlu nak topup2, nak bayar bil tiap2 bulan. Sebab boleh direct tolak dari akaun anda saja. Kalau tak mahu tolak bulan2 pun boleh stop auto renew di applikasi dia.

Pada yang dah biasa shopping online tu atau dah biasa guna kad kedit / debit mesti tiada masalah kan. Bagi yang belum biasa tu, jangan risau. Cuba cek atas kad ATM korang ada tak tulis VISA atau MASTERCARD. Mesti ada kan? itu sebenarnya fungsi sebagai kad debit. Jadi, korang hanya perlu aktifkan saja dengan bank kad tersebut dan boleh guna.

Ok. Sekarang apa lagi... JOM ORDER.

* tak tau nak kekal nombor ke atau nak nombor baru?
* tak tau nak pilih plan apa?
* belum aktifkan kad debit lagi?

TAK PAYAH FIKIR PANJANG.. ORDER JE SIM DULU. DAPATKAN SIM FREE DULU.

DAH SAMPAI DI TANGAN BARU FIKIR SEMUA TU. SEBAB KORANG DAPAT SIM TU MEMANG SIM KOSONG. SEMUA BOLEH URUS SELEPAS DAH DAPAT SIM NANTI.

ORDER SEKARANG.. NAK PILIH PLAN TERUS KE NAK PILIH PLAN NANTI KE.. TAKDA MASALAH.

KLIK KLIK KLIK LINK NI TERUS ORDER SIM >>>


Bila korang dah daftar email dah order sim di link kat atas tu. Korang boleh Install apps Yoodo di phone korang dan login guna email yang korang guna masa order sim tu. Kat situ dia bagi status penghantaran. Melalui apps tu la korang boleh aktif sim, pilih plan, beli booster, lihat baki dan lain2 lagi.

Ok, itu saja la F nak kongsikan. Selamat Ber-Yoodo la ye semua. :-)
Have a nice day......

No comments:

Post a Comment