12 Tip Jimat Duit - Raga Dunia

Monday, 10 December 2018

12 Tip Jimat Duit


Jimat duit tak semestinya melalui simpanan wang saja. Mari lihat 12 tip jimat duit ini.

Kadang kala barang yang mahu dibeli, kita rasa kita akan gunakannya. Fikir dahulu kegunaan barang tersebut. Adakah anda perlukan segera? sekiranya was-was cuba buat senarai perbezaan BERGUNA vs TIDAK DIGUNAKAN.

Anda kerap kali akan beli barang mengikut nafsu. Bila sudah beli barang baru anda menyesal dan rasa membazir. PERLU vs KEHENDAK. Ketika membeli barang cuba beli barang yang anda perlukan dahulu dan elakkan beli barang mengikut kemahuan sebagai senarai teratas.

Bila anda mahukan sesuatu, anda cenderung untuk terus membelinya. Cuba amalkan tabiat menlihat barang tersebut di tempat lain dahulu. Yang paling penting buat perbandingan harga. Mencatat harga di nota (nota kertas atau lebih mudah nota di telefon anda) sebagai rujukan perbandingan harga.

Cuba tangguh dahulu barang yang ingin dibeli. Tidur semalaman dan esok paginya ada kemungkinan keinginan anda untuk membeli tersebut akan berkurang. Bangun pagi membuatkan fikiran anda segar untuk berfikir. Anda dapat fikirkan keperluan barang tersebut dengan lebih jelas.

Untuk bab yang satu ini, tersangat la pemting. Terutama pada yang muslim di bazar ramadhan, macam nak beli satu bazar tu, habis semua makanan nak beli kononnya nak rasa. Tapi sampai waktu berbuka rasa satu kuih sudah menyerah sebab sudah makan nasi dulu. Sebenarnya tak perlu cakap waktu ramadhan. Hari biasa pun lebih kurang saja, kalau bab beli makanan ni, nafsu tu mesti ikut sekali. Sampai bertimbun makanan di rumah, mana yang biskut tu belum buka lagi tapi sampai sudah luput tarikh. Makanya cuba kurangkan pembelian makanan yang anda rasakan anda kemungkinan tak akan makan nanti. Dan kalau anda sudah tahu anda suka beli makanan tapi lambat buka makanan tu, cuba cari tarikh makanan yang mempunyai tamat tempoh yang lambat lagi habis.(yang ni kurang galakkan).

Online shopping semakin hari semakin popular sekarang contoh LAZADA, SHOPEE, LELONG.MY, 11STREET.MY dan lain-lain lagi. Online shopping membuatkan anda senang untuk membuat bajet kos perbelanjaan anda. Anda dapat mengira berapa jumlah barang yang anda masukkan ke dalam shopping cart sebelum membelinya.

Kitar semula sememangnya seruan bagi kita semua untuk jadikannya amalan seharian. Cuba kitar semula barang yang boleh dikitar sebagai contoh kain baju yang kita sudah tidak pakai boleh dijadikan kain pengelap, pengalas kaki dan sebagainya.

Setiap bulan peruntukkan sejumlah wang bagi pada poket sendiri. Gunakan wang tersebut untuk perbelanjaan sehari. Pada permulaan kemungkinan anda merasakan tidak cukup tapi lama-kelamaan anda akan perasan perbezaan lebihan wang di akhir bulan.

Bawa kad kredit apabila anda rasa anda perlukan pada hari itu sahaja. Cuba tinggalkan di rumah ketika hari-hari berkerja dan amalkan membawa tunai dengan jumlah yang anda rasakan sesuai untuk digunakan bagi hari tersebut. Wang yang ada di dalam poket kita selalunya tidaklah setebal mana terutama yang sudah biasa guna kad kredit/debit. jadi kawal penggunaan wang kita di situ. Kalau guna kad, sudah semestinya kita 'tarik saja kan. Bila dah sampai penyata atau nanti sudah lihat transaksi barulah terasa yang kita banyak habiskan duit dengan menggunakan kad.

Bercakap pasal bekal makanan ni teringat pula pada zaman sekolah dulu. Bila sudah masuk di alam pekerjaan ni memang agak leceh nak bawa makanan ke tempat kerja. Ya, permulaan semestinya sukar namun hasil bakal kita peroleh nanti akan kita rasa. Tidak semestinya waktu di sekolah sahaja anda rajin membawa bekal makanan. Ketika anda di alam bekerja lagi efektif sebenarnya anda membawa bekal sendiri. Jika bandingkan harga bekal makanan dengan harga makanan di kedai, akan membuatkan anda terus untuk membawa bekal. Jadi rajinkanlah diri sediakan makanan sebelum pergi kerja, fikirkannya sebagai senaman. Yang mana ibu-ibu tu sambil siapkan sarapan pagi untuk anak-anak tu, siapkan juga sekali untuk suami atau diri sendiri sekiranya bekerja.

Tak berbelanja? bermakna tak keluar duit langsung? Cabaran ini mungkin kedengaran agak sukar tapi ianya tidak mustahil. Tapi tak adalah tak keluar duit langsung, Yang mana bawa kenderaan tu mesti nak isi minyak, yang mana lalu tol mesti kena bayar tol kan walaupun guna TouchNGo pun duit juga. Maksudnya di sini kita sudah tolak semua keperluan yang perlu kita keluarkan untuk seharian tu. Jadi yang mana sesuatu yang kita rasa tak perlu pun untuk kita berbelanja tu makanya jangan. Bila sudah terbiasa mungkin satu hari tu kita berjaya sahut cabaran tanpa berbelanja langsung. Mana tahu kan? Semestinya lagi jimat.

Ya, gunalah wang tunai seboleh yang mungkin. Sebab wang tunai ni kita boleh kira terus berapa yang kita sudah guna, berapa yang masih tinggal. Tak kiralah duit kertas atau pun duit syiling. Tujuannya supaya kita nampak duit tu kemana kita belanja dan berapa kita belanja. Dan cuba susun duit anda di dalam dompet. Kita memang selalunya kalau hulur duit besar dan terima baki bayaran, kita pakai masuk saja ke dalam dompet. Bercampur-campur duit besar dan kecik. Cuba susun duit tu ikut turutan atau warna. Kalau waktu terima baki tu kita terus buat nanti akan lebih mudah. Antara sebab susun duit dalam dompet ni, satunya supaya kita mudah kira, contoh kalau RM50 3 keping terus boleh kira RM150, RM10 4 keping terus boleh kira RM40, sama dengan RM5 dan RM1. Kalau duit tu berterabur dalam dompet tu, kita nak kira pun rasa malas, betul tak? tapi kalau tersusun tu belek-belek saja sudah boleh kira.. Satu sebab lagi, senang nak keluar duit waktu buat bayaran. Kita sudah tahu susunan duit tu, tinggal perlu tarik saja, tak perlu nak belek banyak kali dan kira satu-satu.


No comments:

Post a Comment